Ramadhan datang lagi ;) alhamdulillah...
Apa perkara paling ketara kita nampak berlaku hanya dalam bulan ni?
Salah satunya tentulah kewujudan bazar2 ramadhan di merata-rata tempat. Setakat ni, baru 2 kali saya ke bazar ramadhan. Nampaknya tahun ni, tak berapa berselera bab2 makan. Kadang2, jenuh pusing2 dalam bazar tu, tak tau nak beli apa. Bukan tak ada makanan yang menarik, tapi sebab saya asyik nampak 'menu' yang biasa - sama macam tahun2 sebelumnya. Belum jumpa sesuatu yg baru, yg menarik untuk dicuba.
Apapun, elok juga kurang membeli - takde la membazir jika tak habis. Kan tak baik membazir ;)
Selamat Berpuasa Semua....
Wednesday, July 17, 2013
Sunday, July 7, 2013
Friday, July 5, 2013
Amali Membuat Kek Kaedah Putar - Kek Pelangi (nampak macam traffic light adala ;)
dah nak dekat bulan Ramadhan dah, tapi sempat lagi buat amali. Yelah, yang paling best ngajar/belajar subjek KH ni - tang buat amali lah,lebih-lebih lagi ERT. Buat amali, lepas tu boleh makan ;)
amali ni sebenarnya nak tunjukkan kaedah membuat kek kaedah putar dimana lemak dan gula diputar sehingga gebu. disamping tu, nak juga tunjukkan bagaimana nak jadikan kek tu nampak berlapis-lapis warnanya - semua ni tak boleh main cakap je, kena tengok dan buat - baru pelajar ingat sampai mati. lebihan adunan dibakar sebagai kek cawan.
resepi pun simple je - saya banyak rujuk blog kak umie - homeswetthome.blogspot sebab resepi yang mudah dan sangat dipercayai 'kemenjadiannya' ;)
KEK 'TRAFFIC LIGHT'
Bahan-bahan :
- 125 gm mentega
- 150 gm gula halus
- 2 biji telur
- 250 gm tepung kek
- secubit garam
- 70 gm susu segar/uht
- 1/2 cawan inti blueberi
- 1 sudu teh esen vanila
Cara
Membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula hingga putih
dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
dan pukul sebati.Masuk esen vanila.
3. Ayak tepung, dan garam,masukkan ke
dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata. (mula
dengan tepung dan diakhiti juga dengan tepung)
4. Sudukan ketiga-tiga warna berselang-seli sehingga habis.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius
selama 40 - 50 minit hingga masak, (bergantung kepada saiz kek. jika kek cawan,, ambil masa dalam 18 - 20 minit je)
Friday, May 31, 2013
Sekolah Aliran Inggeris?
tertarik dengan artikel dalam The Star ni - cadangan memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris.
nampaknya masih lagi dengan isu bahasa Inggeris. perlukah kita wujudkan sekolah aliran Inggeris? kritikal sangatkah bahasa Inggeris kepada rakyat Malaysia?
1. daripada sudut pandangan sebagai ibubapa :
kalaulah di tempat tinggal saya, wujud sekolah sebegitu @ international school - mungkin saya pun akan tertarik untuk hantar anak2 saya. saya mahu mereka mampu bergaul/berinteraksi dengan pelbagai bangsa, dapat membina keyakinan diri mereka dan secara tak langsung meningkatkan kefasihan mereka berbahasa Inggeris.
2. daripada sudut pandangan sebagai warga pendidik :
apapun tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian - perlu difikir sedalam-dalamnya. perlukah menokok tambah 'jenis' sekolah sedangkan yang sedia ada masih banyak kekurangan? mengapa sekolah (contoh : sekolah harian) tidak menunjukkan kecemerlangan yang sepatutnya? pada saya,di sekolah banyak prosedur/birokrasi yg menyekat kreativiti guru & murid disamping kurang peruntukan dr segi kewangan. byk kaedah p&p yg kami ingin lakukan - contohnya membuat projek dimana pelajar dapat aplikasi teori yang telah dipelajari,buat lawatan/kerja lapangan tetapi disebabkan kekangan 'perlu habiskan silibus' , 'exam oriented' dimana guru mesti pastikan pelajarnya mesti lulus@cemerlang dalam subjeknya, membuatkan saya kadangkala berasa tawar hati . bagi sekolah yang bilangan guru adalah sedikit - bebanan kerja lebih banyak berbanding rakan-rakan di sekolah besar.bayangkan, seorang guru terpaksa memegang beberapa jawatan dalam satu masa - guru kelas,guru penasihat kelab/persatuan,unit beruniform, sukan, rumah sukan, jawatankuasa PIBG, setiausaha peperiksaan (sedangkan menjadi guru kelas sahaja memang banyak kerja setiap hari).itu belum termasuk tugas panitia matapelajaran, tugas semasa hari anugerah, hari itu dan hari ini.pendek kata - banyak tugas pengkeranian yang guru perlu dijalankan sedangkan masa berkenaan boleh digunakan sepenuhnya untuk merancang p&p yang berkesan dan menarik. bilangan guru perlu ditambah jika kementerian tidak mampu menambah jumlah kerani disekolah untuk meminimumkan 'tugas-tugas lain selain p&p'. terus terang saya nyatakan - bukan mudah untuk menyediakan p&p yang berkesan. saya mengajar mata pelajaran kemahiran hidup - saya perlu menyediakan sendiri peralatan untuk amali memasak (contohnya) memandangkan tiada pembantu bengkel.
apapun , setiap tindakan yang diambil - sila kaji sedalam-dalamnya.jangan hanya bertahan beberapa tahun, kemudian dirombak/dibatalkan terus. yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita. jangan sampai orang hilang kepercayaan kepada sistem pendidikan kita yang asyik berubah-ubah seperti tiada ketetapan dan arah.

Thursday, May 30, 2013
Hair Cut Day
cuaca yang agak panas - kesian gak tengok anak-anak berpeluh panas, dah la rambut tak nak ikat. jadi solusi terbaik - jom potong rambut.
Sunday, May 26, 2013
Warga Pendidik SMKTJ 2013
Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan di SMKTJ serta seluruh warga pendidik (walau dimana pun anda - di sekolah,di PPD,di Kolej - di mana sahaja). rasanya belum terlambat kan.
(kredit gambar di atas kepada PKHEM En. Mohamad Basri , maaf ye , saya tambah nama)
Wednesday, March 6, 2013
Guru tiada masa untuk keluarga?
Ini bukan isu baru - kalau anda sendiri seorang guru - anda setuju atau tidak?
Kalau tanya saya - saya akan jawab - bergantung kepada situasi kerja cikgu tu sendiri. Kalau nasib tak baik (ye ke?) , sekolah tengah kejar status SBT - sudah tentulah sibuk, keje kadangkala sampai ke malam. ada rakan guru (yang sekolahnya dah dapat status SBT) cerita, masa nak dapatkan status tu, meeting pun buat malam - sampai suami dia kata "tak bawak bantal,selimut sekali?". Memang susah - keje macam orang gila - punyala tak cukup masa. Tapi, selepas bersusah-payah tu, apa yg saya lihat (dan pd pandangan saya yang tak seberapa pengalamannya) sekolahnya menjadi sekolah rebutan - mak bapak berebut/berlumba2 nak hantar anak ke sekolah tu (termasukla saya dan suami).Jadi diorang boleh pilih pelajar - hanya yang terbaik sahaja - jadi kurang masalah disiplin, kualiti akan terjamin.
Habis tu- sekolah yang tak kejar status SBT, cikgu2nya tak sibuk ke?
balik kepada bab tiada masa untuk keluarga - saya sendiri pun kadangkala rasa serba salah. kadangkala ada mesyuarat sebelah petang , ataupun masa cuti ada kelas tambahan -
Kita tak boleh banding sistem masa kita sekolah dulu dengan sekarang. zaman kita dulu mana ada FB, twitter dll. Jadi , keje cikgu pun dah berubah mengikut masa - dah lebih kepada online - masuk markah, kena check email, prepare power point/prezi untuk ngajar , cari bahan dan macam2 lagila.
Sistem orang Malaysia bekerja memang macam ni. masa kursus di shah alam tahun lepas, fasilitator tu dari UK.diorang ni ada sistem bekerja yg pada saya bagus - training hanya dari pukul 8 sampai 5 petang - malam takde.ikut jadual asal,ada slot malam,tp disebabkan mat saleh ni tak nak - sebab waktu malam pd diorang bukan time keje, jd takdela slot malam.pd dia - masa keje-guna sepenuhnya.training mesti jalan on time - tamat pun on time. tryla jugak buat macam tu,tapi belum 100% lagi.saya dah mula kurangkan buat keje di rumah (kekadang x sempat gak).yelah, kalau keje sekolah pun buat kat rumah,habis keje rumah sapa lak nak buat?
jadi pendek ceritanya - pandai-pandaila urus masa.

PBS ooh PBS
2013 - masuk tahun ni, dah tahun kedua terlibat dengan PBS.tahun lepas dengan PBS form 1 KH, tahun ni PBS form 2 lak.
tahun lepas , memang banyak masalah - maklumla benda baru.banyak yang nak kena tau (yang x syok tu sebab melibatkan kena fail - sapa nak?) dah la masa taklimat PBS untuk KH ni dibuat 2011, saya tak terlibat masa tu (cikgu yang pegi taklimat tu pun tak berapa nak faham) dan yang paling best - dapat ajaran sesat (salah tafsir kot) yang dokumen item contoh tu HANYA CONTOH - tak semestinya ikut bulat2.yang kami pun ikut la buat PBS guna DIC yg ada,banyakla kertas yang terbuang. takpela - benda baru nak jalan,dah buat baru nampak masalah. jadi lepas taklimat utk PBS form 2 masa hujung tahun, baru 'clear' sikit. tak susah sebenarnya - susah masa nak sedia item je.bila semua dah ada,ok je.
ada jugak komen-komen tentang PBS ni.saya ada attend meeting PIBG sekolah anak (sek rendah). ada la sorang parent ni (dgn lantangnya) mintak pihak sekolah bagi markah (kira buat exam la) untuk anak2 supaya senang nak tau tahap anak dia. cakap punya cakap - ayat hujung 'saya pun guru'. terpikir gak dalam kepala - masa nak cakap,tak pikir ke? nampak sangat yang dia sebagai cikgu tak betul-betul faham dengan dasar.
kita kena ingat satu benda - didiklah anak mengikut zamannya. zaman kita (parent) memang berorientasikan exam - sapa tak dapat 5A - dia tak pandai.sapa SPM tak dapat straight A ,dikatakan otak tak bijak. sedangkan pandai ni suatu yg subjektif.ada yang pandai akademik, tapi tak 'pandai' dalam sahsiah. apa jadi pada pelajar yang dulu spm berbelas A,berpuluh A? sistem pendidikan kita tak dapat hasilkan pelajar yang cemerlang semua segi.jangan pandai saja, tapi tak tau nak hargai orang lain.yang ni la,bila keje,jadi bos,asyik nak marah orang je.
tapi PBS ni dah sangat lain.peratus akademik dah tinggal sikit, ada dicampur dengan sahsiah, aktiviti kokurikulum. tak perlula tau berapa banyak - semua tu akan dikira oleh sistem - tak siapa tau formulanya. kalau tau- nanti ada lak yang spot - macam cikgu2 dok spot soalan. bila mengajar pun,kita dah kurang stress dengan nak mengejar silibus - sebab nak exam.jadi, boleh pegi lebih detail - contoh : dulu saya tak sempat nak buat amali memasak 2,3 kali.sekarang, boleh buat sebab dah kurang minggu exam - masa lebih panjang,sampai hujung tahun pun boleh.dah tak pening nak pikir aktiviti selepas exam.
apapun, jangan cepat nak marah.yang sibuk sangat nak tau markah anak tu kenapa? kalau dah 'saya pun guru' , tentula boleh tau kemampuan anak. jangan sibuk sangat nak anak cemerlang sampai kita lupa,anak kita tu masih kanak-kanak, jangan sampai anak tak sempat nak kecapi alam kanak2 diorang (bermain dsebagainya). cemerlang bukan hanya diukur dengan markah exam.
p/s : hari ni saya dan rakan guru melawat student yang kehilangan kakaknya akibat kemalangan jalan raya.sedih melihat ibunya - menceritakan bagaimana beliau melihat mayat anaknya yang hancur bahagian perutnya digilis tayar lori treler.

Subscribe to:
Posts (Atom)