Saturday, September 15, 2012
Oh My Hubby!
Suatu hari, hubby berkata (ayatnya lebih kurang macam ni) "sayang mesti pelik, apala asyik dengar lightfm bila dalam kete, asyik dengar oldies je, mesti ingat abg dah tua". Memang ada gak terpikir macam tu - kalau abg tua, saya pun tua la jugak sbb kami sebaya. Bila direnung-renung balik, betul la. Saya pun sekarang ni,lebih selesa dengar lagu-lagu lama - 90an. kalau dulu-dulu,suka pasang hitzfm. Betul apa hubby cakap, kami sedang beransur-ansur masuk ke fasa yang lain.Pernah hubby usik saya, katanya, 5 tahun lagi kami boleh le pegi uji bakat Kilauan Emas!
Monday, July 23, 2012
Junior Masterchef SMKTJ
gambar nie dah lama la jugak, dalam 2 bulan lepas rasanya. masa nie student form 2 tengah belajar bab Pemakanan dan Pengurusan Sajian (elektif ERT). Jadinya, sambil-sambil tu, saje la nak test cooking skill bebudak nie, saya pun buatla test kemahiran ala-ala masterchef selebriti yang tengah hangat masa tu.
seronok gak tengok bebudak tu, yang mana biasa memasak di rumah akan biasa tengok rempah ratus tu, cuma tak tau nama sebenar rempah-rempah tu.kelas ERT ni dibuka untuk pelajar perempuan je tetapi yg lelaki sorang tu saje nak try.
Thursday, July 19, 2012
renungan...
Kalau ke pulau janganlah menggalas batu,
kalau di laut jangan pula menabur garam,
Kalau di siang hari jangan pula memasang pelita,
Kalau di malam gelita jangan pula mencari bayang.......
- dipetik drpd kata-kata cikgu Che Jusuh SMACH
Thursday, July 5, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Pengaktifan Otak Tengah
satu video mengenai Latihan Pengaktifan Otak Tengah - sumber - rakan FB kak betty
Tuesday, April 10, 2012
Why do people still want to go to the libraries?
Why do people still want to go to the libraries?
dalam fb ada ditanyakan soalan sebegini.
sekali tengok,mungkin terlintas di fikiran - kenapa orang tu tanya macam tu? bunyi mcm orang yang kecewa je?
dalam fb ada ditanyakan soalan sebegini.
sekali tengok,mungkin terlintas di fikiran - kenapa orang tu tanya macam tu? bunyi mcm orang yang kecewa je?
Monday, March 12, 2012
Anda seorang DERMAWAN? Sila baca..
SMK Toh Johan merupakan sebuah sek men di kawasan Trong, Taiping yang baru je mula menerima pelajar sejak seminggu lepas.kiranya, secara rasmi, baru je berusia 7 hari.guru-guru dah mula masuk sejak 3 minggu lepas untuk urusan pentadbiran sekolah.
Sebagai GPM (guru perpustakaan dan media) di sekolah nie, banyak gak keje yang nak dibuat, tambah-tambah dr segi nak melengkapkan fail-fail yang sepatutnya ada, kalau tak silap dlm 30 gak failnya.ye la, sek baru, semua kita kena buat.
pada saya, bab2 keje nie, biasalakan.saya tak kisah sgt.pada saya, yang penting sekarang saya kena cari cara macamana nak tambah koleksi bahan terutama buku serta cd pembelajaran di PSS.selain tu, saya perlukan dana untuk menambah keceriaan di PSS serta rangkaiannya (contohnya, bilik tayangan yang perlukan langsir sebab keadaan bilik yang cerah,sudut2 ilmu dsbg).
Oleh itu, jika tuan-tuan, puan-puan yang budiman mempunyai buku-buku terpakai yang ingin di dermakan, ataupun berhasrat untuk menyumbangkan dana, silalah hubungi saya melalui blog ini ataupun emailkan kepada saya seed77_99@yahoo.com
susah juga nak buat sesuatu kalau takde dana.dana daripada kerajaan pun belum diterima(dalam proses) tapi saya jangka tak dapat banyak, mungkin dalam 2-4 ribu sahaja.
saya berharap sangat jika ada yang sudi mendermakan buku ataupun dana, dapatlah saya tambah koleksi di PSS sek ini (sek ini merupakan sek men luar bandar).
Terima Kasih daun keladi....

Subscribe to:
Posts (Atom)