Monday, August 31, 2009

Nasi Kentang (mashed potato with mince meat)




Sebenarnya resepi nie langsung takde nasi kat dalam. Ni my MIL punya resepi, katanya resepi istana turun-temurun.Masakan nie ala barat.Simple je nak buat. Sesuai bagi yang nak kurangkan makan nasi (diet la konon). Teksturnya lembut je, tak payah nak kunyah teruk2.Semalam berbuka pun nie adalah antara makanan yg ada (berbuka kat rumah mentua)

NASI KENTANG
Bahan utama - kentang (lebih elok kalau kentang putih), dalam 6,7 biji
Daging cincang - lebih kurang dalam 200gm
Bawang merah , 5 ulas (mayang)
Bawang putih, 2,3 ulas (mayang)
Sedikit halia (potong kecil-kecil)
Sedikit mentega dan minyak (untuk tumis)
Daun sup
Garam
Telur sebiji
Serbuk lada putih (white pepper)

Rebus ubi kentang hingga lemput dan lecek.Ketepikan
Dalam kuali (senang nak kacau), masukkan mentega dan minyak (kalau tak, mentega akan senang hangus). setelah panas, tumis bawang dan halia.
Masukkan daging. Setelah agak masak, masukkan ubi kentang tadi.
Kacau sebati, masukkan garam, white pepper. Ketepikan sedikit, masukkan telur.
Kacau lagi. Setelah agak rata, masukkan daun sup. Kacau sehingga rata dan bolehla diangkat.
So, mudah je kan.
Selamat mencuba...

Sunday, August 30, 2009

Terkenang semasa dolu-dolu...

masa dok layan facebook,ada kawan yg keluarkan gambo lama - gambo masa form 4 dulu (1993 kot) he, he ... lain bebenor rupa masing2. malangnya tak dapat nak ingat nama setiap orang, maklumla dah lama sgt tak contact, nampaknya kena la cari dan bukak balik majalah nukleus (majalah sekolah)

agak-agaknya, camno le rupa kengkawan yang lain ...?
rindunyeeee....



Thursday, August 27, 2009

Bencana H1N1

hari nie dapat berita anak kawan satu sekolah menengah dulu admitted to ipoh hospital hari ni sbb H1N1.kena stay 4 hari, kalau dah ok baru boleh blk rumah dan kuarantin for 1 week.kesian, umur lebih krg yasmin, dlm 5,6 tahun je. sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan penyakit dan malapetaka

Wednesday, August 26, 2009

Kengkawan lama...


dlm 2,3 hari nie, saya baru try masuk facebook.ada kawan lama invite masuk. so, terjumpala kengkawan lama.alhamdulillah, masing-masing dah berjaya dgn kehidupan sendiri.

5 Ramadan 1430


dah masuk 5 hari dah puasa.apa yang kita dah buat sepanjang puasa nih? sama macam sebelum puasa ke? beza cuma tak makan waktu siang je? silap-silap dapat letih je...

Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadan 1430


Hari nie dah masuk hari keempat umat islam berpuasa.Cuaca kat taiping hari nie , lebih kurang sama mcm beberapa hari lepas, sejuk dan mendung (mcm orangnye ke?) harap-harap jemuran semalam yg belum kering sempat kering hari nie.hari nie sambung jemur tepung, semalam sekejap je dapat jemur.
Tak tau lak nak berbuka apa hari nie.semalam berbuka dengan bihun goreng.rasanya nak buat buah melaka & kuetiau goreng lak hari nie.
Yasmin & Farah tengah tengok tv (apalagi kalau bukan channel favourite diorang - astro 613, kekadang 615) - mentang-mentangla maknye cuti, dapat le tengok tv puas-puas. yelah, kalau hari sekolah, diorang kena pegi taska.

Sunday, August 23, 2009

Hari kedua Ramadan


Hari nie dah masuk hari kedua berpuasa. kat Taiping nie, alhamdulillah hari-hari hujan, so sejuk je lah.cuma nak pegi pasar ramadan tu lecehla sikit. Semalam berbuka kat rumah MIL.hari nie plan nak balik berbuka kat rumah mak pulak.maklumlah, dah cuti sekolah,lagipun bukannya jauh pun antara rumah saya dgn rumah parents kitorang.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa!


Alhamdulillah kebetulan tahun nie permulaan puasa jatuh betul2 masa mula cuti separuh penggal kedua.Dapat la berpuasa seminggu di rumah @ kampung.
Selamat berpuasa semua. Inilah masa terbaik jika kita ingin memulakan azam baru.